Kepala masok ayaq laut

Standard

Dah lama tak update blog; bukan setakat bersawang, dah hampir hilang dalam memori aku dah. Harini Sabtu, cuti minggu, masih dalam mood takda-mood….

Hari-hari aku yang sebelum dan akan mendatang sibuk senantiasa. Hampir menamatkan pengajian aku selama 3 tahun. Fuh, sedar tak sedar, hari berganti hari, pejam celik dah nak habis. Memori bersama kawan-kawan indah.Sungguh!

Aktiviti yang menyesakkan kepala, menyemakkan keadaan; dapat diharungi..kool.

Pembentangan draf pertama final projek – selesai.

Pembentangan draf kedua final projek – selesai.

Kem di P. Pangkor – selesai.

Program Anugerah Ketua Jabatan – selesai.

Yang menanti kini hanyalah mini projek dan final projek; aku dan aP buat Sistem e-Aduan KAMSIS POLIMAS. Harap semuanya berjalan dengan lancar sebagaimana sebelum ni.

Aku harap akan ada sedikit masa untuk aku luang pada blog ini. Nanti aku update lagi untuk aktiviti di Pangkor dan malam AKJ.

The Times

Standard

salahkah diriku
bila ku berkata
kau pendusta
kau salahkan diriku
silap ku anggap engkau penawar
kau racun berbisa
kau racun fikiranku

ketara berbeza caramu
dengan caraku
kian berubah
kotornya/naifnya hidupmu
silap ku anggap engkau cahaya
bidadari syurga
kau mungkiri janjimu

7 lautan sanggup ku renang
luas benua untuk ku rentas
selamatkan mahkotamu

dunia penuh dugaannya
jahat hasutan manusia
selamatkanlah dirimu

Hujan santau

Standard

Hari-hari rasa macam tak cukup tidoq. Malam tdoq awai. Bangun pagi; tidoq lagi. Petang pun tidoq lagi. Cuti sem memang macam ni ka ?Atau aku kena santau ?
Tapi, SE Satio memang mengancam. Xperia X10 pun ok gak. Harga pun mengancam. Satio dah release kat Malaysia; bila nak release kat diri sendiri tah. Lalalalaaa….

*aku hidup dalam keraguan sekarang*

Mencari konklusi

Standard

Mengisahkan satu kumpulan yang cuba melawak kasar dengan membuat huru hara kepada kumpulan yang sibuk membuat kerja.

Percubaan melawak akhirnya membawa kemarahan kepada kumpulan yang satu lagi; dan aksi kejar mengejar bermula.

Ini yang dikatakan mencari konklusi atau kesimpulan; sinonim dengan bagaimana kehidupan sekarang ni banyak ke arah mencari penamat atas sesuatu pergaduhan dengan menggunakan kekerasan.

Akhirnya, mereka berjaya ditahan; dan satu hukuman ngeri dikenakan.

Mungkin sedikit penerangan di atas akan membuat anda faham video yang aku nak tunjukkan di bawah. Hasil penggambaran, memplot cerita, dan editing video dalam masa satu hari; kan aku ada kata, kerja last minit baru la student namanya.

Group lelaki memang sempoi. Kerja on-time! Dah berfikir nak tukar jantina ?

Hasilnya…

Mencari Konklusi (2009) from Syafiq Abdullah on Vimeo.