Kepala masok ayaq laut

Standard

Dah lama tak update blog; bukan setakat bersawang, dah hampir hilang dalam memori aku dah. Harini Sabtu, cuti minggu, masih dalam mood takda-mood….

Hari-hari aku yang sebelum dan akan mendatang sibuk senantiasa. Hampir menamatkan pengajian aku selama 3 tahun. Fuh, sedar tak sedar, hari berganti hari, pejam celik dah nak habis. Memori bersama kawan-kawan indah.Sungguh!

Aktiviti yang menyesakkan kepala, menyemakkan keadaan; dapat diharungi..kool.

Pembentangan draf pertama final projek – selesai.

Pembentangan draf kedua final projek – selesai.

Kem di P. Pangkor – selesai.

Program Anugerah Ketua Jabatan – selesai.

Yang menanti kini hanyalah mini projek dan final projek; aku dan aP buat Sistem e-Aduan KAMSIS POLIMAS. Harap semuanya berjalan dengan lancar sebagaimana sebelum ni.

Aku harap akan ada sedikit masa untuk aku luang pada blog ini. Nanti aku update lagi untuk aktiviti di Pangkor dan malam AKJ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *