Kehidupan normal dinafikan

Standard

Satu hari itu aku ke bank untuk mengeluarkan duit. Duit untuk keperluan seharian. Keluarkan secukupnya untuk tampung seminggu dua; tak perlu sebulan dua untuk saratkan poket aku dengan duit.

Di pintu bank kelihatan dua tiga orang budak berkeliaran memegang kepingan kertas cetakan ayat Quran (agak2) dan menggalas beg kusam. Melihat saja ada orang yang keluar dari pintu bank, terus mereka bergegas segera menuju sambil membetulkan songkok berhabuk.

“Pakcik, kami dari Maahad nak minta sumbangan sedikit untuk pembinaan bangunan kami…” dan terus bercakap seperti menghafal sepotong skrip oleh orang tertentu. Percakapan mereka sama saja untuk orang-orang lain.

Aku perhatikan saja gelagat mereka sambil meneruskan urusan aku di mesin ATM. Usai saja urusan terus aku keluar dan sudah diagak sorang budak perempuan datang dan berdialog sama seperti budak lelaki yang aku lihat tadi. Aku hanya tersenyum dan bergegas masuk ke dalam kereta. Sindiket. Aku tahu. Mereka ini diperalatkan pihak yang menggunakan nama agama untuk mencari ‘sumbangan’ untuk menyara perut tak berperikemanusian.

Didalam kereta, aku memanggil kembali budak perempuan tersebut dan bertanya sedikit soalan.

“Dari mana dik?” – aku
“Dari Maahad blablabla Sg Petani bang” – dia
“Mana cikgu?” – aku
“Errmm…tatau, nanti dia datang” – dia

Aku hanya tersenyum dan menghulurkan sedikit not.

“Adik simpan duit ni, pakai untuk diri sendiri, jangan bagi orang” kata aku sambil menolak barangan yang mahu diberinya.

“Terima kasih bang” dia

Kekadang aku tak faham kenapa ada pihak yang sanggup menggunakan budak-budak yang sepatutnya diletakkan di sekolah pada siang hari ini untuk meneruskan pembelajaran untuk masa hadapan. Apakah mereka ini anak-anak yatim piatu yang dijaga oleh pihak tertentu tetapi disalahgunakan kewujudan mereka?

Sayu.

2 thoughts on “Kehidupan normal dinafikan

  1. Cik Beanut Emo

    Kekadang kita nak bagi sebab kesian,

    Tapi bila kita bagi duit, kira ada “supply” maka “bisness” dia akan selalu ada , benda ni akan berlanjutan.

    Tapi memang lagi susah nak buang rasa “kesian” orang jadi benda ni memang susah nak banteras.

    Aku ada baca artikel, kalau pengemis yang bawak anak kecik, atas pangku, baby tu akan sentiasa diam. – sebab kena sedative/drug. Dan dan dan, paling celaka sekali sebenarnya baby tu pun bukan anak dia pun. Tak semua lah, aku cakap pasal sindiket. Guna orang yang tak bernasib baik untuk kepentingan sendiri.

    Jadi bila aku fikir kalau aku kesian nak bagi, keraskan hati yang kalau aku bagi, benda ni akan berterusan, aku akan menyumbang kepada kejahanaman masyarakat. Stop bagi, depa akan stop jugak. depa akan cari benda lain nak buat, at least tak guna baby-baby,budak-budak yang tak tahu apa.

    Kalau betul nak tolong, tanya rumah, siapa bela, jumpa penjaga. Check betul2, pastikan bukan sindiket. (memang org tak da time lah,dah jumpa pun tepi jalan). Bantu keluarga tu dari segi ekonomi, makanan, pakaian, sekolahkan anak-anak, bagi education. Bukan suruh abaikan sekolah dan mintak sedekah. Macam mana nak habis camtu. Aku tak nak cakap pasal zakat.

    Awkward comment lagi panjang dari entry.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *