Raya korban kat Hatyai?

Standard

Semua kelas pada hari Khamis dibatalkan! Ok, itu sangat kool. Sekarang aku boleh pulang menyambut raya korban tanpa sebarang kerisauan(kononnya). Padahal tiket balik ke Alor Setar dari Puduraya sudah dibeli seminggu awal. Malam rabu; Bas Shamisha. Hilang fokus seminggu selepas minggu test. Excited nak balik mungkin.

Itu cerita sebelum aku berada dalam bas sekarang ni.

Sehari sebelum aku patut berada di rumah pula lain takdirnya; agak sadis dari segi pengalaman, mungkin bukan dari perspektif penceritaan. Aku agak fail dalam bercerita; tanpa konsep hiperbola dan metafora yang selalu dipraktikkan oleh Adib, aku jauh kebelakang.

Habis sahaja kelas pada Rabu petang, aku mula bersiap-siaga untuk bergegas ke Pudu Sentral. Adib yang mahu bergerak awal, menjemput kekasih hatinya mula buat muka tak sedap mata memandang. Plan asalnya hendak bergerak sekali ke Pudu, nampak tak jadi. Bantuan dari Paq yang patutnya humban Adib ke KTM Serdang berubah. Terus hantar ke TNB Petaling Jaya.

Sepatutnya aku bertolak sekali dengan Adib dari KTM Serdang, tapi plan berubah selaras dengan keadaan. Paq handle Adib, AP handle aku. Ok, nice.

AP berkeras nak hantar aku sampai ke Pudu.
“Berapa minit nak aku hantar hang? 15? 20? 30?. Aku boleh buat,jangan risau,relek dulu. Workout seround” katanya sambil gelak riak. Mula menonggek angkat dumbell. Aku hanya ketawa.

Itu situasi dalam bilik. Sejam selepasnya, kami tersadai dengan mat-mat motor lain tepi jalan, berteduh hujan lebat. Sangat tak kool. Berasap mulut, sejuk macam London. Jam tepat 1860. Tiket aku patut diambil jam 1900. Selepas 15minit, kami usaha redah juga hujan lebat. AP agak kelihatan ototnya dalam baju hijau basah kuyup. Mencelah dan menyelit dalam ‘jam’. Depan mata nampak takungan air hujan, sekali redah terus enjin mati. Haha, aku gelak risau meroyan kat belakang. Tersadai lagi kami tepi bawah hujan renyai. Beratus kali start tetap tak hidup. Tengok jam dah 8malam. Ok, tiket burn. Sobs.

Roger Paq kat kolej, minta tolong datang; niat nak tolak motor dari situ balik UPM. Sementara tunggu, aku dengan AP meronda kawasan flat kat seberang. Orang kata, paling dekat pun kedai motor kat Pudu. Ohmaaai. Yang ada situ pun dah tutup. Jalan punya jalan dalam setengah jam, kami surrender. Paq call, dah sampai katanya.

Paq tukar naik motor aku, kami naik motor satu lagi. Tolak dari situ sampai UPM. Aku dah tak kisah lenguh tangan kaki, aku nak sampai kat bilik je. Dah tak kisah pasal balik, cerita aku dah tamat tadi. Nak lancarkan tiket AP pula; bas dia pukul 11 dekat Shah Alam. Dekat 30minit tolak motor, 30minit tu juga la kami buat jalan macam kami punya. Peduli apa orang lain. Urgent! Sampai saja, Paq hantar AP ke Shah Alam. Aku naik atas, cari solution. Cuba bertenang.

Paq balik bawak megi, chicken ball. Kami makan dan tidur.

Selesai hari itu.

Sekarang aku atas bas yang menuju ke Hatyai. Tiket ni saja masih ada kosong. Bas tambahan kata kaunter. Aku rasa ada komplot ulat dengan kaunter Durian Burung. Pukul 930 pagi katanya, tapi sejam lepas tu baru bas sampai. Masuk highway Duta tepat jam 1130 pagi. Ada juga insan teraniaya yang lain dalam bas ni, kami akan ditendang keluar bila dah sampai Alor Setar. Tak mengapa, asalkan sampai.

Entri panjang lebar ni memang agak bosan tapi aku dedicate khas untuk AP yang sudi basah kuyup redah hujan, start motor walaupun tak nampak harapan, jalan sampai krem kaki. Untuk Paq yang superhero untuk segalanya, penyelamat masalah aku. Sanggup tunda jadual balik Baling demi aku. Ulang-alik merata alam macam KL dia pegang. Oh, terima kasih banyak2..KFC tak dapat pagi tadi, aku hold hari lain okay.

Sekarang jam 6 petang. Bateri tab tinggal 19%. Aku dah nampak menara Alor Setar dari dalam bas ni.

Harap Adib Mai amek aku cepat2.

Aku lapaq!

Sent from Catch Notes for Android
https://catch.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *