Padanya hari-hari setiap hari setiap bulan dalam setiap tahun itu sama sahaja. Rutin harian dia hanya kerja kerja dan kerja. Rutin yang sama langsung tak membebankan dia.
Hari ini, rutin dia tetap sama. Cuma roh sudah berpisah dari jasad tidak membenarkan dia meneruskan rutin hariannya. Kalau boleh, ingin hidupkan dia kembali dan bertanya,
“Kenapa awal benar kau pergi?”.
“Mana roti tuna aku kau sembunyikan?”.
Pada hari itu, rutin harian manusia yang lain tetap berjalan seperti biasa. Yang pergi tetap pergi, yang menangisi tak akan membuat yang pergi akan kembali.