John busuk

Standard

Lepas semua mutiara naga dikumpul 7 biji di satu halaman yang kosong…

Zoo0o0ooooooooooooiing..naga besar keluar.

Wahai naga, kau tukarlah John menjadi makhluk hidup ! kata aku

Zeeeng,mata naga bercahaya terang; merah. Permintaan ditunaikan.

Toing3, John terkebil, klip2

Yay, John hidup!

John berlari terkedek-kedek buat pusingan, sambil terberak-berak cirit; penuh halaman kekuningan. Ish, makhluk hijau ni !!

Ah! Sudah..

Wahai naga, kau jadikan John seperti sediakala ! kata aku

Zeeeng,mata naga bercahaya terang; merah. Permintaan ditunaikan.

John keras mempatung, hanya angin membelai bulunya yang keputihan bercampur kekusaman.

Hm, ada satu lagi permintaan. Wahai naga, berikan aku lagi sepuluh permintaan !

Naga terkedu kesepian. Terus berlari tanpa kaki, hilang lenyap ditelan gelap.

Tidak!!!

Kronik.org gelap

Standard

Semalam hari paling nyon buat aku. Tangan aku laju sangat tertekan button delete database forum Kronik. Akibatnya, forum Kronik tak dapat diakses kerana kehilangan data.

Haha.

Nasib baik la provider hosting aku ada backup database harian. Boleh direstore kembali, tapi dikenakan sedikit caj. Alahai…

Akemal, hang punya sebab la ni !

Berakhir sudah AF 7

Standard

Berakhirlah sudah musim AF yang ketujuh semalam. Hafiz, 19 dinobatkan sebagai juara AF musim ketujuh oleh undian SMS. Peratusan undian pada semalam adalah seperti berikut.
PELAJAR PERATUSAN (%)

HAFIZ 44
ARIL 22
YAZID 15
AKIM 13
ISMA 6

Kedudukan undian selepas undian ditutup

HAFIZ 46
ARIL 22
AKIM 18
YAZID 9
ISMA 5

Artikel di bawah ini aku petik di laman rasmi AF di Astro. Kredit-kredit.

Dengan kemenangan itu, Hafiz berjaya membawa pulang kereta Honda Accord 2.0 tajaan Honda Malaysia, Percutian Ke New York Untuk 2 orang, Sistem Home Theatre Arezzo Hoffman 5.1 (Arezzo), Camera U130 (Olympus), Penapisan Udara Hyundai (MSP Advance), Jam Tangan Hugo Boss (Hugo Boss), Brand Innershine untk dinikmati selama 1 tahun (Cerebos), Nokia 5730 Xpress Music (Nokia), wang tunai RM20, 000 serta trofi

Sementara itu, Khairil Azam Pilus atau Aril, 24 dari Kuala Lumpur yang diumumkan sebagai naib juara bagi musim ini pula seperti biasa tidak mengecewakan apabila sentiasa tampil dengan aksi dan persembahan yang cukup berani, tersendiri serta menghiburkan menerusi lagu Kasih Tak Sampai nyanyian asal Padi serta lagu baru Toksik

Dengan kemenangan itu, Aril yang kini digelar ikon di kalangan peminat remajanya berjaya membawa pulang hadiah berbentuk baucer percutian bernilai RM,3000 tajaan Maybelline, Camera U1030 (Olympus), Karaoke Set Arezzo Hoffman (Arezzo), Penapisan Udara Hyundai (MPS Advance), jam tangan Hugo Boss (Hugo Boss), wang tunai RM10,000 serta trofi

Tempat ketiga menjadi milik Afiq Hakim Ahmad atau Akim, 18, yang telah menunjukkan peningkatan demi peningkatan pada minggu terakhir AF7. Kemenangan itu, sekaligus melayakkan Akim .untuk memenangi baucer percutian bernilai RM2,000 tajaan Maybelline, Camera F3320 (Olympus), wang tunai RM8,000 serta trofi

Berasal dari Johor Bahru, Johor Akim telah berjaya memukau mata penonton apabila menyampaikan lagu Bencinta nyanyian asal Faizal Tahir serta lagu baru Bengang dengan kejutan yang mantap

Mohd Yazid Mohd Ibrahim atau Yazid, 22, dari Johor Bahru Johor pula hanya berupaya menduduki tempat keempat apabila menyampaikan lagu Dewa 19 berjudul Qasidah Cinta serta lagu baru Ya Pa Pa. Beliau membawa pulang kamera FE320 tajaan Olympus, wang tunai RM3,000 serta trofi

Ismaliza Ismail atau Isma, 30, daripada Kuala Lumpur apabila dia hanya sekadar berjaya menduduki tempat ke-5 dalam konsert akhir AF7 ini menerusi lagu Cinta Adam dan Hawa nyanyian asal Misha Omar serta lagu baru Bisikan…Godaan hasil ciptaan Zul suaminya sendiri

Konsert selama 3 jam yang itu dipancarkan secara langsung di Astro Ria serta radio rasmi Era FM itu telah dibawakan oleh Hotlink selaku penaja utama. Ia turut menampilkan segmen persembahan daripada bekas pelajar AF7 yang tersingkir sebelum ini seperti Qhaud, Rini dan Sidi

Selain itu, ia juga turut diserikan dengan persembahan juara AF6 terdahulu Stacy serta tarian pembukaan dari Hardstyle Republic. Finalis AF7 sendiri turut membuat persembahan pembukaan menerusi lagu Revolusi yang dipopularkan band muzik Bunkface

Konsert final hebat itu dihoskan dengan lancar oleh AC Mizal dan menampilkan pengacara diari AF7, Sarimah Ibrahim. Pengkritik malam tadi adalah Edrie Hashim, Dato Khadijah Ibrahim serta Adlin Aman Ramlie

Semua hadiah disampaikan Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina yang kemudian menutup dengan rasminya upacara graduasi akademi sebelum tirai pentas dilabuhkan lewat tengah malam tadi

Konsert Akhir AF 7 pada pandangan aku

Standard

Aku menulis blog ini dengan mata terlekat di skrin TV melihat persembahan pertama calon juara AF 7, Hafiz. Oh, aku bukanlah peminat setiap AF, tambahan pula ini konsert pertama dan terakhir untuk AF 7 yang aku tonton pada musim ini. Teruskan membaca entri penilaian konsert akhir AF 7 daripada pandangan pertama aku.

Hafiz
Aksi Din Beramboi dalam sesi ‘coverline’ sebelum permulaan nyanyian Hafiz aku lihat macam beruk kena tonyoh belacan kat mata, terkedek-kedek, terkial-kial atas pentas. Tawa para penonton pula kurang aku dengar. Kesian pula aku padanya beraksi sedemikian rupa.
Lagu pertama yang dibawakan Hafiz, entah apa tajuk aku dah lupa..maaf-maaf…permulaan yang kedengaran tenggelam-timbul dan pertengahan agak ‘ok’ dengan gadis-gadis menari tergedik di sekelilingnya seakan memberi semangat luaran kepada Hafiz. Diakhirnya, komen pengkritik yang memuji-muji Hafiz seakan seperti seorang superstar. Kembang-kempis hidung si Hafiz ni menahan getaran nafas di dada yang berombak. Bangga mungkin, penat mungkin.

Akim
Lagu pertama dan juga lagu baru yang diberikan kepada Akim bertajuk Bengang ciptaan komposer yang aku tak tahu pula siapa. Dibawakan dengan penuh perasaan tetapi seakan gugup di pentas. Pengkritik mengakhiri persembahan Akim dengan berkata suaranya sedap, dikatakan juga kena dengan diri Akim dan dibawakan dengan jiwa Akim sendiri. Oh, aku dah tahu pencipta lagu, namanya Ameng. Ameng dari kumpulan mana haa ?? Macam pernah dengar saja. Sorakan penonton di Bukit Jalil memecah kesunyian rumah aku. Sunyi je malam ni. T_T

Berhenti dulu, dengar celoteh Sarimah Ibrahim. Pot pet pot pet sungguhkan dia ni. Iklan pula dah!

Continue reading

Detektif Lim kantoi mencuri

Standard

Ni bukan salah satu adegan dalam cerita polis-polis dalam tv tu. Apa nama pun aku lupa drama tu. Detektif Lim atau nama sebenarnya Farid Amirul Hisham Abdullah kantoi mencuri di Mid Valley, Mac lalu. Sumber yang aku dapat melalui Berita Harian.

Detektif Lim telah kantoi mencuri buku ‘”Sistine Secrets” berharga RM89.90 dan “Decoding The Heavens” berharga RM105 di Kedai Buku MPH Bookstore, Mid Valley, jam 7.15 malam 27 Mac lalu.

Si dia yang sepatutnya dijatuhkan hukuman hari ini, dah pun menukar pengakuan kepada tak bersalah. Eh, boleh main tukar-tukar pula dari bersalah kepada tak bersalah.

Maka, 8 Jun ini untuk tarikh perbicaraan yang baru. Awat yang lama sangat tarikh penangguhan tu.

Si Lim ni mungkin menghayati watak pencuri dalam siri drama dalam tv tu ataupun si pengarah belum bagi gaji. Tak cukup duit kot ???