Bila rasaku ini rasamu

Standard

Matanya meliar melihat kalendar comel di penjuru meja.

Mengira-ngira hari hari seterusnya.

Sambil tangan kanan memegang cebisan roti.

Perlahan-lahan disuap ke dalam mulut selepas dicelup ke dalam mushroom soup.

Sambil otak berputar laju memikirkan masa depan.

Terukir senyuman manis kelat di bibirnya.

Penantian hanyalah waktu, getus hatinya.

Permainan zaman moden

Standard

Semua sudah kenyang makan. Cuma Park saja masih menikmati suapan terakhir.

“Paq, cuba tengok ni…”, kata Ap

“Aaaaa?”, balas Park

Air liur turun perlahan dari bibir dan disedut kembali cepat-cepat.Sruup. Pekat merah. Sambal ikan keli.

Mata Park fokus melihat pergerakan tersebut. Dan;

“Uweeeekkk…uwek”, merah muka Park

Hahaha. Kami ketawa macam orang gila.

Dua malam tanpa bintang

Standard

Aku dah kata. Memang tanak tengok cerita Jepun ke Korea ke. Cerita berepisod yang aku dah tahu apa kesannya.

Terima kasih kepada AP. Berjaya menghancurkan malam-malam study aku dengan cerita Jepun. Atashinchi no Danshi.

Oh. Terima kasih juga kepada Adib kerana jadi hero sekali lagi. Apakah indahnya dunia bila nasi tetiba bertukar menjadi KFC.

Memang 2 malam tanpa bintang. Tak nampak-nampak bintang pun; yang ada hanya syiling yang ada kipas berputar. Menyejukkan suasana menonton drama Jepun.

Nice.

Nasi lemak tingkat bawah

Standard

Pagi itu aku kempunan nasi lemak. Semua salah Paq, tanak layan ajakkan aku turun makan kat bawah. Kalau kat rumah ni, slambe je aku keluar makan nasi tomato terus. Sorang2 pun apa ada hal.

Orang lain masih membuta.

Lewat sikit, sorang lagi dah bangun. Adib jenguk kepala kat bilik aku. Lapar; katanya. Aku jemput makan mee goreng yang digoncang dalam tapawe; selepas diletak perencah. Macam mana boleh ada perkataan ‘goreng’ entahla. Paq melahap mee bandung Hutan Kampung. Juga segera. Tanpa kisah perasaan aku kempunan nasi lemak. Tak guna.

Lewat sikit lagi, AP baru menjenguk mukanya. Serabai. Lapaar. Bilik aku kunci woi; bising si AP. Dah berapa kali aku tegur, kunci bilik bawak selalu.

Petang itu kami habiskan masa dengan membuang masa dengan menonton movie; di laptop aku; di bilik aku. Acara yang jarang dilakukan dalam bilik aku. Selalunya bilik Adib jadi mangsa kesemakkan kami.

Lapar; semua lapar. Serius. Tangan dan muka Adib dah bergetar.

Aku masih kempunan nasi lemak. Tak guna Paq.

Maghrib; Adib dah ajak turun makan. Aku dunno; surfing blog orang. Walaupun lapar, tapi malas.

AP tengah layan game di gajet kecil aku.

Paq tengah online di laptop.

Sebentar tadi.

Adib dah tak keruan. Ambil kunci bilik aku; tegas suara Adib. Berlalu pergi ke biliknya.

Aku, AP dan Paq berpandangan dan teruskan kerja masing-masing. Rasa bersalah ? LOL!

5 minit kemudian; Adib muncul kembali. Memegang 4 bungkus nasi lemak.

“Haaaa…!! aku dah kata!”, jerit AP

“Heheheheheee…”,getus hatiku

“Lepas makan nasi lemak ni, kita turun cafe nah Adib, meh aku teman hang makan nasi lemak ni dulu”, pujuk Paq.

Ketika itu. Masa itu. Aku baru lepas pakai baju, baru menaip entri ini dan bersedia untuk ke bilik Adib kemudian Adib muncul tetiba dengan nasi lemak tingkat bawahnya. Ah…indah betul. Boleh pura-pura malas turun, nanti keajaiban berulang kembali.

Tapi Paq, aku nak makan nasi lemak pagi tadi la! Oi!