Aku pakai kamera phone je

Standard

Aku ada baca kat twitter, ada sorang budak ni tweet..

Dulu trend DSLR, now polaroid camera is more way cool.

Haaaa…lega aku. Beralih la cepat2 ke polaroid kamera. Ikut lah trend tu cepat2. Tak lah aku semak tengok bebudak pakai DSLR mahal2 nak tangkap gambar sendiri kat cermin. Tak rasa zalim ke pakai duit tu ke arah tak sepatutnya. Wahaha. Aku tau aku orang susah, aku bukan jeles pun kamera mahal tu…

Aku pun bukan photographer hebat, aku main syok2 gak tapi tadak la nak berlagak bagai dengan kamera gedabak tu. Berpada2 lah nak menunjuk satu dunia. Guna tempat ada bermanfaat bagus gak, setakat dalam toilet mall pun nak bergambar depan cermin pakai DSLR mahal tu apa hal.

Hello dunia…

Standard

Aku dah penat cari backup database utk entri2 sebelum ni tapi tak jumpa gak. Terpaksa la start balik blog kosong. Wahaha tak guna =,=
Lain kali download backup, simpan elok2 tempat selamat. Tapi takpa, teruskan memblog. Blog is too mainstream? Peduli plak aku.

logs:
edited – 18/8/2012 – restore kembali entri terdahulu(entri blog yg ada tarikh sebelum entri ini), walaupun tak full, tapi agak memuaskan hati 😀

Hantu naik minyak

Standard

Harga petrol RON97 naik 10 sen menjadi RM2.50 seliter mulai tengah malam tadi, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Zulkifli Mokti.

Beliau berkata kenaikan itu berlaku akibat peningkatan harga minyak mentah kepada US$105 setong minggu ini berbanding US$100 sebelum ini.
“Penggunaan minyak mentah meningkat mendadak di Amerika Syarikat dan Eropah akibat cuaca sejuk melampau di sana sekaligus menimbulkan kebimbangan kekurangan minyak mentah,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Harga minyak naik lagi esok ?

Standard

Masa dulu kala, pergi sekolah ja; aku diberi duit poket.

Sekolah rendah dapat la bawah seringgit. Boleh la tampung makan time rehat. Nasi lemak 40sen, air gelas kecik 20sen, kalau gelas besar 50sen.

Sekolah menengah pulak, dapat la seringgit lebih. Boleh la tampung makan time rehat. Tak nasi ikan keli, aku bedal ayam. Paling kurang lebih duit pun 20-30 sen. Menabung setahun pun tak lepas beli motor. Baik aku habiskan je duit dalam sehari tu. Aaah.

Sekarang ni, budak-budak masuk tadika pun dalam poket ada seringgit. Bukan ada kantin pun dalam tadika tu.

Dasyat!!!

Esok ada kelas awal pagi

Standard

Malam tadi Shawn dengan George borak-borak kosong di talian. Telefon.

Lebihan Hot Ticket Maxis kata Shawn. George kata ‘free call’. Padahal RM10 melayang beli menatang tu.

Sedang borak-borak. Bunyi letupan getaran kecil di talian.

George gelak-gelak, ” Haha..dengar tak??”

Shawn, “Dengar..bunyi apa…”

George gelak macam otak tak betul, “Bunyi kentut…hahaha!”

Shawn, “Cam balua perangai”