Pernah tak kau rasa kau akan kehilangan orang sekeliling yang kau sayang?
Aku harap aku cukup bersedia kalau terjadi.
Author: PeCo
Pom pang pom pang!
StandardSemenjak aku mudah terkejut ni, raya tahun ni paling menyakitkan hati. Terpaksa tersentak tiap kali dengar bunyi mercun. Kalau aku predator, dah lama aku siat kulit bebudak belakang rumah ni.
Kalau dulu aku buas main mercun sana-sini bingitkan malam orang. Sekarang baru terkacau-jiwa sendiri mendidih dengar bebudak main mercun.
Dah beberapa kali aku terkejut untuk entri kali ni.
Mana punya penyakit aku berjangkit ni.
Bihun sup dan soto sedap
StandardRiang ria kita di hari raya,
Jangan dilupa pada yang tak berdaya,
Kirim salam khabar usah dilupa,
Eratkan silaturahim sesama kita…
Dua keping gambar lepas openhouse si Imah. Malas pula nak upload banyak-banyak; mohon minta kat Adib nanti sesiapa nak gambar beratus-ratus keping tu yah!
Jangan lupa, bersama doakan sahabat kita, Afiq Jamaluddin yang menjalani rawatan di hospital Pulau Pinang; kanser perut.
Salam Aidilfitri 2012
StandardBelum terlambat nak ucapkan kepada jutaan peminat yang membanjiri blog ini saban hari. Bajet popular nak dapat viewer jutaan tiap hari. Ok abaikan. Keh keh keh!
Dikesempatan ini, nak mohon sejuta maaf dari segala salah silap diri aku ni; terutama kepada keluarga, sahabat handai dan rakan seperjuangan. Kalau ada yang tak puas hati gak, sila tinggalkan komen. Tak lupa juga kepada sesiapa yang aku ada berhutang, mohon tuntut segera sebab mungkin aku dah terlupa. Kepada yang berhutang dengan aku, boleh juga tolong langsaikan. Haha.
Raya kali ini kurang kemeriahan dalam rumah ni sebab kekurangan anggota keluarga. Seorang di kampung halaman mertua, seorang lagi di perantauan menjalankan aktiviti amal. Yang tinggal hanya seorang jejaka kacak dan abangnya serta adik perempuan bersama abah dan mama. Ohsem.
Jadi, itu saja dapat ku karang kerna kekurangan masa; bunyi enjin kereta masuk dan aku harus turun bersalaman dan bermaafan. Tipikal betul.
Jadi, salam aidilfitri untuk semua yang berpuasa penuh!
Akta Keterangan menjerut pengguna internet?
StandardSemakin kecoh dunia internet Malaysia dengan akta keterangan pindaan baru (114A). Boleh sesiapa terangkan secara detail kat aku selain dari penerangan dari blog/facebook/twitter yang beremosi pembangkang. Haha. Malas gamaknya aku nak Google. Phew.
Tapi seperti insan lain yang bagai anak itik mengikut ibunya melenggang pulang, aku pun nak join gak ‘menyertai’ penolakan akta yang aku anggap zalim. Serius ke akta ni? Takdak kebebasan langsung la nak taip pasni. Taip sikit, kena jerut. Wohoo! Mana yang tak minat politik atau isu semasa dalam Malaysia ni yang dikatakan ‘shit’ tu, tolong la baca sama benda ni. Penting woooh!
Apa pun aku sokong je la segala benda kempen atau aktiviti yang menentang kebebasan menaip dalam dunia maya ni. Walaupun aku bayar streamyx murah berbaloi dengan pakej aku, tapi aku ada hak juga nak buat blog taip merapu. Kalau orang lain pedajal aku komen fitnah bagai dalam blog ni, habis la duit nak bayar bill. Sob sob. Kalau boleh filter komen ok la, kalau tak sempat. Aish!
Err, kalau aku komen maki Anwar Ibrahim dekat page Facebook Najib Razak – Najib akan dipertanggungjawabkan ke?