31 Ogos 2012

Standard

Sebenarnya aku taip panjang lebar tadi untuk entri kali ni. Tapi disebabkan dah macam karangan mengarut dan tak ketahuan; maka aku select all dan delete semuanya. Dan tulis balik benda alah ni sebab aku rasa taknak macam buang masa mengadap taip panjang-panjang tapi isi macam haram.

Oh, sempena 31 Ogos 2012 ni aku ucapkan salam kemerdekaan buat semua. Walaupun dari konteks yang berbeza, letak sajalah erti kemerdekaan tu dekat mana kau suka. Terima kasih jasa mereka yang berusaha memerdekaan negara dari jajahan orang asing!

Pom pang pom pang!

Standard

Semenjak aku mudah terkejut ni, raya tahun ni paling menyakitkan hati. Terpaksa tersentak tiap kali dengar bunyi mercun. Kalau aku predator, dah lama aku siat kulit bebudak belakang rumah ni.

Kalau dulu aku buas main mercun sana-sini bingitkan malam orang. Sekarang baru terkacau-jiwa sendiri mendidih dengar bebudak main mercun.

Dah beberapa kali aku terkejut untuk entri kali ni.
Mana punya penyakit aku berjangkit ni.

Bihun sup dan soto sedap

Standard

Riang ria kita di hari raya,
Jangan dilupa pada yang tak berdaya,
Kirim salam khabar usah dilupa,
Eratkan silaturahim sesama kita…

Dua keping gambar lepas openhouse si Imah. Malas pula nak upload banyak-banyak; mohon minta kat Adib nanti sesiapa nak gambar beratus-ratus keping tu yah!

Jangan lupa, bersama doakan sahabat kita, Afiq Jamaluddin yang menjalani rawatan di hospital Pulau Pinang; kanser perut.

Salam Aidilfitri 2012

Standard

Belum terlambat nak ucapkan kepada jutaan peminat yang membanjiri blog ini saban hari. Bajet popular nak dapat viewer jutaan tiap hari. Ok abaikan. Keh keh keh!

Dikesempatan ini, nak mohon sejuta maaf dari segala salah silap diri aku ni; terutama kepada keluarga, sahabat handai dan rakan seperjuangan. Kalau ada yang tak puas hati gak, sila tinggalkan komen. Tak lupa juga kepada sesiapa yang aku ada berhutang, mohon tuntut segera sebab mungkin aku dah terlupa. Kepada yang berhutang dengan aku, boleh juga tolong langsaikan. Haha.

Raya kali ini kurang kemeriahan dalam rumah ni sebab kekurangan anggota keluarga. Seorang di kampung halaman mertua, seorang lagi di perantauan menjalankan aktiviti amal. Yang tinggal hanya seorang jejaka kacak dan abangnya serta adik perempuan bersama abah dan mama. Ohsem.

Jadi, itu saja dapat ku karang kerna kekurangan masa; bunyi enjin kereta masuk dan aku harus turun bersalaman dan bermaafan. Tipikal betul.

Jadi, salam aidilfitri untuk semua yang berpuasa penuh!