Sejenak meroyan

Standard

Hari itu seperti hari lain. Cuma jalan dipenuhi dengan kereta bermacam jenis, beratur panjang menunggu giliran lampu isyarat bertukar hijau. Merahnya lama, hijaunya sekejap. Sangat bangang.

Tapi bukan masalah aku, untuk ke kiri tak perlu beratur panjang. Teruskan saja ke bahagian kiri. Kelihatan agak bangang bila ada sebijik kereta tengah layan potong Q dan lepak jalan kiri. Tutup lubang aku nak belok. Memang bangang.

Dengan kereta Wira yang kekurangan power untuk hon, aku sabar sekejap walaupun dah berapi sangkut jem dekat 1km. Vrooom vrooom sikit biar menggelabah. Kereta Vios silver tu bergerak beri ruang sedikit.

Aku masuk sedikit, toleh ke kanan usha driver Vios bangang tu dan angkat isyarat jari tengah. Haha. Cina tu berkerut dahi mungkin cuba menghadam apa yang aku maksudkan.

Terus pecut ke kolej. Siak ah, berambus cepat sebelum mafia tu angkat geng cari.

Aku tak sure Vios eja betul atau eja Veos. Google malaaas.

Dari itu aku belajar, jari bukan untuk korek hidung sahaja.

3 thoughts on “Sejenak meroyan

Leave a Reply to Encik Sobri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *