Bukan khilaf kau yang aku cari

Standard

“Tak payah nak tegur aku lah, kau pun bukannya perfect sangat pun”

Dialog yang sering kali aku nampak, sering kali aku dengar dan baca; sebagai ayat pembidas untuk menutup kesilapan. Jika melakukan kesilapan,kesalahan atau ditegur pantang ditegur. Dicercanya kita pula.

Jangan kau pakai ayat sebegitu untuk menutup atau meneruskan khilaf kau. Dunia sekarang ni mana ada manusia yang sempurna, sedangkan tok imam atau wakil rakyat kau yang kau sanjung selama ni pun harini masuk berita ditangkap rasuah. Bersih sangatkah?

“Woooh..abis tu takda orang dalam dunia ni boleh tegur kau lah yer??”

Kau betul, selain Nabi kita Muhammad s.a.w, tiada lagi manusia yang sempurna. Sikit pun aku tidak menafikannya.

Kau betul, bukan aku nak malukan kau, aku cuma tegur sebab aku rasa itu perlu.

Kau betul, orang lain pun buat salah macam kau, tapi kau yang depan mata aku sekarang; aku tegurlah. Pernah ke memancing dapat semua ikan dalam tasik?

Jika ditegur, renungkanlah diri itu dan cuba ubah menjadi lebih baik. Bukan aku suruh kau ubah secara drastik, momentum kau terus ke atas pun bukan. Ubahlah secara berperingkat; kalau boleh.

Mungkin kita patut berlajar bersangka-baik sesama kita.

Kita tak menongkat langit selamanya

Standard

Kalau nak ikutkan masa, masa kecil aku adalah masa yang paling panjang aku lukakan hati mama aku. Bila dikenang kembali rasa macam something yang agak bangang aku pernah buat banyak benda dulu. Kisah-kisah yang aku taknak cerita kat sini. Haha. Kisah yang boleh buat mama mengalir air mata. Tapi itu dulu. Orang kata masa mematangkan diri, tapi betul ke masa tu buat kita matang tanpa faktor persekitaran? Aku lebih setuju kalau orang kata persekitaran mematangkan kita tanpa mengira apa jua usia kita. Usia baby tolak tepi.

Dari sekolah menengah sampai ke universiti sekarang ni aku rasa aku banyak berubah lepas sekolah menenangah bila persekitaran aku yang lebih terbuka, lebih buat aku trerfikir panjang tentang hidup ni. Ada satu saat yang bila aku fikir apa aku buat sebenarnya dalam dunia ni. Tapi tak bermakna sekarang aku dah cukup perfect, cuma aku mencuba untuk berubah ke arah positif diri.

Nak share sikit satu kisah yang aku tak sure sumbe asal dia, cuma aku dapat copy paste kembali dapat entri kali ni. Kisah yang buatkan aku macam terkena satu panahan. Tak pasti thundercat ke apa. Tapi buat aku berfikir panjang sampai ke harini.

PERTAMA
Cerita bermula ketika aku masih kecil, aku terlahir sebagai seorang anak laki-laki di sebuah keluarga yang miskin. Bahkan untuk makan saja, seringkali kekurangan. Ketika makan, ibu sering memberikan bahagian nasinya untukku. Sambil memindahkan nasi ke mangkukku, ibu berkata : “Makanlah nak, aku tidak lapar”

KEDUA
Ketika saya mulai tumbuh dewasa, ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di kolam dekat rumah, ibu berharap dari ikan hasil pancingan, ia dapat memberikan sedikit makanan bergizi untuk pe rtumbuhan. Sepulang memancing, ibu memasak sup ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu aku memakan sup ikan itu, ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang yang merupakan bekas sisa tulang ikan yang aku makan. Aku melihat ibu seperti itu, hati juga tersentuh, lalu menggunakan suduku dan memberikannya kepada ibuku. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya, ia berkata : “Makanlah nak, aku tidak suka makan ikan”
Continue reading

Lalat super model

Standard

Extension tube manual yang aku beli tahun lepas baru terasa nak pakai masa cuti sem ni. Lepas teracun tengok gambar2 macro dalam page facebook tu, alahai goyang jiwa ni. So, dengan diffuser buatan sendiri dan speedlight oldskool, aku cuba menyelami kembali jiwa seorang photographer. Haha. Lama betul tak pegang D90 aku nih. Bersawang >,< Lalat

Lalat 2

Tak banyak serangga dekat laman rumah ni ha..lalat pun jadi lah.