Segalanya berakhir

Standard

Assalamualaikum, lama betul tak update blog aku ni. Terima kasih kepada pihak-pihak yang aku tak ketahui kerana menjaja link kotrovesi sehingga membuat aku teringat nak update blog balik. Eh, camna ampa tau link tu ha ? zZzZz…

Ok. Pengajian di POLIMAS dah tamat selama tiga tahun. Tiga tahun yang memberi memori terindah. Bak kata mat rempit, sweet bak hang! Himpunan pointer aku kali ni betol2 atas garisan penamat. Bak kata mat rempit, cuak bak hang! Terima kasih la kepada subjek-subjek last sem ni yang betul-betul buat aku boleh hadam. Segala ilmu yang kita kongsi sama-sama tu kira halal la nooh kawan-kawan. Kita sama-sama belajar. Buat ex-DIP aku harap semua maju jaya dalam haluan masing-masing. Kalo ada projek, share sikiiit.

Program 3P yang kita join sama-sama tu tak kiralah geng MS-SQL Server 2008 mahupun CompTIA A+, yang tak berjaya ataupun berjaya, janji kita ada pengalaman lalui suma tu bersama-sama buat sekali lagi walaupun dah habis POLIMAS.

Btw, aku ada lima sijil dari Microsoft, sikit lagi Bill Gates nak mai jumpa aku (gelak kerek). Thx la kepada Ibu Mitha, trainer keluaran Indonesia yang penat mengajar aku dan kawan-kawan kat kursus tu. Aku rasa macam tengok drama Indonesia live pulak. Libuur !!! Libuuuur !!!

Aku harap semua DIP6 dapat join konvo nanti eh, aku bawak gajet kesayangan ramai nanti noh..hehe.

Walaupun dalam MS-SQL ada function rollback, tapi dalam kehidupan kita ni, tiada istilah rollback..hidup mesti diteruskan.

Aku harap aku boleh join ampa grad sekali =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *