Laman Web Dinamik

Standard

Aku seringkali dihujani pertanyaan camna nak buat web dinamik; atau kata mudahnya web yang boleh berinteraksi dengan pengguna; atau kata lagi-lagi mudah, boleh masukkan input dan boleh paparkan kembali input yang dimasukkan ke dalam database.(atau taktau kalau ada kata yang lagi-lagi-lagi mudah)

Permulaan sem praktikal dihujani dengan pelbagai pertanyaan dari kawan-kawan camna nak buat tu,camna nak buat ni. Semuanya berkaitan dengan website dinamik. Oh damn, aku bukanlah seorang webmaster yang hebat.

Aku bukanlah tahu pun dengan PHP,ASP,JSP dan sewaktu dengannya; HTML pun aku masih kantoi, tapi disebabkan yang bertanya pun lebih kantoi dari aku jadi aku hanya tolong mana yang mampu.

Terfikir untuk masukkan tutorial merekabentuk laman web dinamik dalam blog aku ni. Mudahlah sesiapa yang nak belajar untuk buat rujukan. Insyallah akan aku update entri tutorial ntuk kesenangan bersama.

Pastikan komputer anda dilengkapi software DreamWeaver kerana tutorial yang aku beri menggunakan fungsi dalam DreamWeaver semata-mata; tak kisahlah Adobe atau Macromedia, kerana sama saja keduanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *