Kereta automatik untuk ujian memandu

June 29th, 2009 PeCo 3 comments

Aku ada terbaca satu berita yang mengatakan akta akan dipinda untuk membolehkan kereta automatik dibolehkan dalam ujian memandu. Pindaan itu juga akan menetapkan kelas khas lesen memandu untuk penggunaan kereta automatik. Sumber ni aku dapat dari BHarian;

Dua akta akan dipinda bagi membolehkan kenderaan dengan gear automatik digunakan sebagai kenderaan ujian memandu, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hoi Chew, berkata dua akta itu ialah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1994.

Lepas ni mesti ramai yang ambil ujian kereta automatik. Lagi la senang kan nak lulus ujian memandu. Tak macam masa aku ambil lesen memandu ni, punya la ramai yang kantoi part bukit. Naik bukit, kereta mengaum macam singa, ingatkan nak lepas dah, alih-alih turun belakang balik. Yang kantoi pun kebanyakkan perempuan.

Categories: Isu Semasa Tags:

Rekod baru tercipta

June 28th, 2009 PeCo 11 comments

Akhirnya dengan sekali percubaan, rekod baru berjaya dicipta. Memecahkan rekod lama kepantasan menaip aku.
81 perkataan

Speed test

Yeah !!!!

Categories: Kehidupan Tags:

Michael Jackson meninggal dunia

June 26th, 2009 PeCo 3 comments

Raja Pop, Michael Jackson atau nama Islamnya,  Mikaeel meninggal dunia hari ini. Terkejut gak aku baca berita ni kat laman web Berita Harian

Al-fatihah…

Hidup ini to pretend to be what

June 25th, 2009 PeCo 2 comments

Akemal, aku pun boleh cakap mat saleh, siap rojak lagi.

Sedap sikit.

Categories: Kehidupan Tags:

Transformers 2 : Revenge Of The Fallen - Tengok dah ?

June 24th, 2009 PeCo 8 comments

Berbekalkan Mustang maroon kepunyaan keluarga, aku memecut laju ke Taman Nuri tepat jam 8:15 malam. Tujuan untuk menyambar Afiq Mail dan terus ke Jalan Pegawai untuk menculik Naim. Sekali-sekala membuat aksi drift di jalan lurus, membuat aku jadi tumpuan para pemandu dan orang awam di jalanan. Tangan kiri di ‘handbreak’ dan tangan kanan kukuh memegang stereng. Memang mengujakan.

Tepat 8:45 malam, bangunan Alor Star Mall tersergam indah tepat di hadapan Mustang berehat. Lokasi dituju Lotus Five Star Cinema; Filem Transformers 2; Tayangan jam 9:00 malam.

Read more…