Selamat Hari Ibu

Standard

Aku panggil mama, jadi tiada sambutan untuk mama ku.

Selamat ulang tahun yang keberapa tah.

Mama nak hadiah pa besday ni ?

Mama nak Syafiq jadi anak yang baik dan dengar kata. Pi masjid time subuh, maghrib, isyak. Liat sangat.

Oh..

noktah.

Aku tetap anak yang baik.

Nabil Bintang Paling Popular

Standard

Nabil mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada majlis kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian semalam. Setelah dipilih menjadi juara Raja Lawak Musim ke-2, Nabil semakin mencipta populariti di persada seni negara.

Petikan Berita Harian;
Nabil, 26, yang meraih 127,524 undi, meraih gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tinggi iaitu Mawi yang menerima 55,080 undi, Datuk Siti Nurhaliza (29,676), Aznil Nawawi (18,864) dan kumpulan Meet Uncle Hussain (11,784).

Nabil memenangi hadiah utama kereta Nissan Sylphy 2.0L berharga RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, barang kemas Rafflesia bernilai RM150,000 tajaan Rafflesia The Pearl Centre serta pakej penginapan bernilai RM8,000 tajaan Palace of the Golden Horses, selain trofi.

Tahniah kepada Nabil, semoga terus berjuang dalam industri seni khususnya komedia yang tak seberapa di negara Malaysia ini.

Bila boleh tengok ?

Standard

Sedang asyik bermain kuiz di mIRC, Pn Suraya datang menjengah office. Sambil menjinjit dua buah buku log; buku aku dan buku adib.

“Minggu lepas punya belum tulis lagi kan ?”, Pn Su

“Ah..yaya..belum lagi..heee”, tersengeh Adib menjawab

“Sistem haritu yang kena tambah dah buat ? Bila boleh tengok ?”, tanya Pn Su

“Oh..dalam proses, nanti kami jumpa Pn”, kami bersuara

Pn Su angguk-angguk macam tengah dengar lagu heavy metal

Alamak..dekat sebulan sistem tertangguh. Counter-Strike punya pasal, kerja belum siap.

IceWorld one more round pls…