Sejenak meroyan

Standard

Hari itu seperti hari lain. Cuma jalan dipenuhi dengan kereta bermacam jenis, beratur panjang menunggu giliran lampu isyarat bertukar hijau. Merahnya lama, hijaunya sekejap. Sangat bangang.

Tapi bukan masalah aku, untuk ke kiri tak perlu beratur panjang. Teruskan saja ke bahagian kiri. Kelihatan agak bangang bila ada sebijik kereta tengah layan potong Q dan lepak jalan kiri. Tutup lubang aku nak belok. Memang bangang.

Dengan kereta Wira yang kekurangan power untuk hon, aku sabar sekejap walaupun dah berapi sangkut jem dekat 1km. Vrooom vrooom sikit biar menggelabah. Kereta Vios silver tu bergerak beri ruang sedikit.

Aku masuk sedikit, toleh ke kanan usha driver Vios bangang tu dan angkat isyarat jari tengah. Haha. Cina tu berkerut dahi mungkin cuba menghadam apa yang aku maksudkan.

Terus pecut ke kolej. Siak ah, berambus cepat sebelum mafia tu angkat geng cari.

Aku tak sure Vios eja betul atau eja Veos. Google malaaas.

Dari itu aku belajar, jari bukan untuk korek hidung sahaja.

Mengimbau kenangan #1

Standard

Terbelek external harddisk ni terus ke folder ‘TAK TERNILAI’ buat aku asyik layan gambar-gambar lama. Terasa nak upload sekeping dua gambar yang agak rare. Haha. Rare la sebab tak penah upload; dan aku seorang ja pegang gambar2 yang beriban banyaknya dalam harddisk ni. Gambar tika zaman politeknik.

Hari2 terawal di Politeknik..muka sekoq2..huuuuuurrmmm…..

Yang belakang tu agak tak normal..memang..sampai ke la tak normal.

epi dan tidoq tak dapat dipisahkan…alalaa comey

Outing pekan Jitra..hahaha..waklu oting =,=

Rindu nak rebut2 naik lif walaupun kelas tingkat 2

Hat pompuan ja dk hingaq kat depan, lelaki diam2 sopan kat belakang. True story.

Orang kata pakai jaket Poli nampak hot. Haha!

Time ni buka puasa kat kedai Mee Razak.

Rindu nak buat program sama2..err..

Cari Wi-Fi di mamak. Asrama tadak intenet dowh..boleh seksa jiwa.

Tak payah caption boleh? =,=

Copy & Paste dapat RM100 Facebook.

Standard

Semak news feed FB aku dengan benda alah Infinity Downline(ID). Serius shit lah sikit nak cari duit, takkan nak buat kerja kutip duit orang bawah je. Aduuh tipikal!

Dulu dengan ‘Login FB Dpt RM100’, aku dah pernah tanya dulu; kalau tak silap dia ada produk untuk ‘dijual’.Itu pun e-book sampah 5-6 tahun lepas. Sekurang2nya ada produk, kencing pun tak hancing sangat. Sekarang ni produk pun tak nampak, bisnes online katanya. Irfan Khairi join katanya. Setahu aku dulu si jutawan muda internet tu bisnes produk mcm e-book.

Mintak maap la geng ID, aku inbox korang nak tahu produk apa je yang nak dijual tu. Kalau berkenan di hati, aku pun nak join sekaki dapat duit tiap2 hari lepas login FB, komen2 gambar; memang kena la dengan jiwa aku online memanjang. Haha.

Maap la kalau tak betul apa aku cakap ni..HAHA. Tapi aku nak bisnes barang atau servis utk dapatkan duit, bukan nak duit ‘downline’ untuk kaya-raya. Walaupun mungkin ID kau ni betul, tapi niat kau tu nak sedut duit orang bawah. Yang orang bawah, cari lagi orang bawah nak dijadikan mangsa. Dan seterusnya, infiniti. Yang kat atas jugak kaya raya.

Kita tegur sikit, terus melenting. Macam-macam benda di’copy paste’nya. Aigoo. Terus lapar taip panjang-panjang camni masa hujan lebat. Baik aku carik downline untuk tolong makankan utk aku. Woha!

Sedikit buah tangan:
http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/915-status-hukum-infinity-downline–login-facebook-dapat-rm100.html

p/s:Ni adalah pandangan peribadi penulis; tidak mewakili mana2 kaum atau jantina. LOL!

Spain – Italy EURO 2012

Standard

Gua syak Spain bakal menjuarai EURO kali ni. Ecewah bahasa mau up. Takpi takpa, pagi esok kita tengok camna permainan dua team ni, dua2 pun hebat-hebat. Gua pun bukan fanatik sangat bola ni, bak kata orang ‘social football fans’ =,= Ada ke istilah tu? Haha. damn.

Update : Aku dah kata Spain menang 4-0. Pakat2 sentap yah #TeamItaly