Entri Cepat #1

Standard

# Aku kena tag!
Praktikal membuatkan aku tiada masa untuk update entri baru (tipu gila alasan).
Maaf kepada kekawan yang telah pun tag aku;seed,hendra. Blog ni masih mentah dan tak cukup umur untuk membuat tugasan (alasan lagi).
Nantikan hari-hari mendatang untuk aku menjayakan tag anda yosh ~? !

# Pas menang ?
Tahniah la kepada Pas yang berjaya menguasai Kuala Terengganu; keputusan yang diumumkan dimana Pas mendahului majoriti sebanyak 2 ribu lebih. Moga Pas mampu membawa K.T ke arah kemajuan dunia dan akhirat. Kepada BN, cuba lagi dia hari mendatang. Eh,peruntukan di K.T jangan dibekukan pula yer?

# Praktikal
Tak banyak aku nak katakan, cuma suasana di pejabat agak sejuk dan bebas. Bos yang mesra alam memudahkan lagi aku menjalankan kerja dan kaki ke serata tempat di hospital. Hospital ? Boleh rujuk di entri sebelum ini. Tugas yang aku dapat, membuat satu sistem aduan kerosakan untuk sebarang peralatan komputer di setiap jabatan hospital, berasaskan PHP dan MySQL. Itu saja, mungkin ada lagi tugas nanti. Akan dibincangkan pada meeting bulanan jabatan.

Beli-belah memang menyeronokkan

Standard

“Boleeeeh..? betul ??”, konfius pertanyaan aku
“Ambil dah la…yang ada kat rumah pun dah hilang habis, bagi kat sapa pun tatau”, sedikit tegas mama
“Ngeee…oke..terpaksa ambik lah ni..”, tangkas aku pilih satu per satu kemudian bertambah bilangannya
“Tadi kata tamau…dia lak pulun habis”, getus hati mama

Hampir satu jam berdiri di area pakaian lelaki bukanlah perkara yang seronok. Lenguh dibuatnya. Keadaan yang lengang buat aku lebih selesa bergerak mencari keperluan. Abelong turut serta menjayakan kempen membeli-belah. Habis, ya dah habis pilih dah masa untuk membayar.

Tap, tap, tap, sreeeet…
Tap, tap, tap, ktek ktek…
Zrap…resit dicucuk. koyak

Terpapar pada skrin kecil ala-ala menara iklan digital di tepi jalan, RM3## !
Walaweh, teruja aku hampir-hampir rasa bersalah. Tak pernah aku menghabiskan sebanyak tu untuk dipakai pada tempat yang tidak diperhati manusia. Oh, ya..harga bersama seluar cotton yang aku dan abelong beli juga! Fuh..

Jam menunjukkan pukul 2 petang. Hampir.

“Ha, sebab tu la tak suka sopink, habis cenggitu ja..huhu”, rungut aku ala-ala tak bersalah
“Takpa..jam kul brapa dah ni, mama pun tak masak lagi, balik nanti rebus je spenda ngn boxer tu buat sup”, mama bersahaja
“Gulp…”, kami

Jaga kesihatan anda wahai pengguna komputer

Standard

“Man..kau tu ngadap komputer 24 jam, apa yang kau buat”, tempik Mak Kiah

“Alaa mak ni, man tengah layan myspace ni, rugi la pasang stimix kalau tak guna”, respon Man

“Rugi la sangat, kalau mak mati kejang kat dapur ni, tunggu busuk berulat baru kau nak sedar!”, keluh Mak Kiah lagi

“Mak kan orang beriman, mana ada ulat nak lepak nanti…” pujuk Man

“…”

Dialog atas ni tiada kena mengena dengan tajuk yang aku cuba sampaikan, cuma nak kongsi info kepada sesiapa yang suka sangat habiskan masa depan komputer, tak kisah tengah buat apa pun.

Tau tak, penglihatan mata dan otak mampu terjejas dan rosak sekiranya lepak terlalu lama memerhatikan skrin komputer ? Oh, sudah tentu kau tak mahu terjadikan…

Pertamanya, alihkan pandangan ke arah lain atau ke objek yang berada sekurang-kurangnya 20 kaki jaraknya. Jangan kau pandang ke skrin orang lain pula.

Kedua, kedipkan mata sebanyak 20-30 kali dalam setiap jam ketika berhadapan dengan komputer. Pastikan tiada orang nampak, mungkin ada yang tergelak. Sakit mata ke bang…

Ketiga, ambil masa sedikit untuk merehatkan fizikal dan minda. Buat sedikit senaman untuk melancarkan pengaliran darah. Hindari yoga, mufti kata haram.

Keempat, rujuk kembali langkah pertama sehingga ketiga.

Assalamualaikum

Standard

Ini bukanlah blog pertama aku kerana sebelum ni juga ada tetapi terkubur tanpa nisan. Buat apa kuburkan blog dengan batu nisan, gila kau. Aku harap blog ini akan dapat berkekalan. Oh, 12/1/2009 bermulalah hari pertama aku untuk menjalani latihan industri di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star sebagai ‘doktor’.