Oct/097
Sejadah berdiri
Banyak plak kuar cerita sejadah berdiri macam orang sembahyang la, macam orang mengaji la.
Hairan aku..cerita camni kecoh masuk paper.
Orang tak sembahyang tak pula kecoh masuk paper
Heh~
Dunia sebenarnya sudah terbalik sekarang ni…
Oct/095
Ini kerja ekspres..
Kelas Audio Video Digital yang selalunya sebelum ini panas dengan topik ‘majlis buka puasa’ , ‘jamuan hari raya’ sudah tidak kedengaran lagi. Sunyi..noktah.
Majlis berbuka puasa..tak jadi.
Jamuan hari raya..berjaya. Nanti aku buatkan entri untuk jamuan hari raya.
Kembali kita ke subjek asal; Ketabahan En. Isfa memanfaatkan masa 2 jam kelas Audio Video Digital cukup menginsafkan kami betapa susahnya menjadi pensyarah… >,<”
Dengan hanya 2 jam, kami berjaya menghabiskan(baca elok2 ni); menghabiskan:
3 Kuiz !
2 Assignment !
3 Lab Sheet !
Hebat tak ? Hohoho(gaya ActionKame)
Terima kasih sebab memudahkan kerja kami dan kerja anda. Ya..terima kasih.. >,<”
Sep/096
Welcome to Malaysia…
Baru lepas pekena nasi tomato area2 Jalan Putra, Alor Star.
Makan berseorangan kerana makhluk-makhluk lain tak bangun-bangun. Tak kisah sangat la kalau cuti2 ni bangun lambat, tapi kalau tak cuti pun lambat gak bangun; penyakit betul.
Berlaukkan ayam goreng dan daging( hidangan tak sihat), cukup untuk santapan pagi aku.
Bayar di kaunter;
Berapa kira?, aku
Lapan sumtink2, mamak
Oh, mai mana sumtink2 tu..lapan dah la, aku
Ah,bole la..err adik mana mari, mamak
Aaa..south korea, aku
Ahaa..nah baki, welcome to Malaysia, mamak
Ahahahahaha!!!!, aku gelak dalam hati
Sep/090
Salam Aidilfitri
Salam Aidilfitri kepada semua umat Islam. Baik yang berpuasa mahupun kadang-kadang dan yang tidak langsung. Semoga sentiasa ceria!
Sep/090
Takziah
Dikesempatan ini, aku mengucapkan takziah kepada rakan sekelas aku, Hasbullah yang telah kehilangan ibunda tersayang pada 8/9/09 . Semoga sentiasa tabah menghadapi dugaan ini.
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan”
(QS. Ali Imran : 185).
“Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal,” (QS. Luqman : 34).
