Tag: mrpeco

Transformers 2 : Revenge Of The Fallen – Tengok dah ?

Berbekalkan Mustang maroon kepunyaan keluarga, aku memecut laju ke Taman Nuri tepat jam 8:15 malam. Tujuan untuk menyambar Afiq Mail dan terus ke Jalan Pegawai untuk menculik Naim. Sekali-sekala membuat aksi drift di jalan lurus, membuat aku jadi tumpuan para pemandu dan orang awam di jalanan. Tangan kiri di ‘handbreak’ dan tangan kanan kukuh memegang stereng. Memang mengujakan.

Tepat 8:45 malam, bangunan Alor Star Mall tersergam indah tepat di hadapan Mustang berehat. Lokasi dituju Lotus Five Star Cinema; Filem Transformers 2; Tayangan jam 9:00 malam.

(continue reading…)

VN:F [1.9.3_1094]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.3_1094]
Rating: 0 (from 0 votes)

Otink #1

Berbekalkan Nikon D50 dengan lense yang kool untuk buat modai berlagak pro photographer tapi haram tak ketahuan pun. Aku, Akemal, aP, Talha, Park, Mad beserta Adib (urutan nama tidak mengikut diskriminasi) yang sampai lambat memulakan aksi berani mati di bangunan tinggalan macam nak roboh di jalan Stadium Suka Menanti, Kedah !

port

Struktur bangunan tinggalan

Baca lagi…….

(continue reading…)

VN:F [1.9.3_1094]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.3_1094]
Rating: 0 (from 0 votes)

Yahoo! Messenger ver 9 (Offline/Online Installer)

Yahoo! Messensger(YM!) adalah satu satu Instant Messenging keluaran Yahoo! yang tidak dinafikan kehebatannya dalam skop penggunaan yang meluas dan medium chat dan juga boleh melakukan perkongsian data serta lain-lain yang membuat kita tersenyum (juga bermasam muka!).

Pada saat entri ini ditulis, versi terbaru YM! adalah 9.0.0.2152. Seperti kebiasaan revolusi perisian lain, versi yang terbaru mestilah lebih baik dan terkini fungsi dari yang sebelumnya.

Aku tidak diberi sebarang komisen oleh pihak Yaho! untuk mewujudkan entri ini, mahupun link blog aku diletakkan di muka depan laman Yahoo!; mustahil.

Sekadar mahu berkongsi link untuk download perisian YM! ini yang boleh install secara online dan offline(standalone). Apa yang membezakan dua link ini ? Jikalau online, maka kamu perlukan internet untuk melakukan proses install dan jikalau offline, boleh dilakukan tanpa menggunakan internet.

Untuk pemasangan secara online,

Yahoo! Messenger 9.0.0.2152 Online

&

Untuk pemasangan secara offline,

Yahoo! Messenger 9.0.0.2152 Offline

VN:F [1.9.3_1094]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.3_1094]
Rating: 0 (from 0 votes)

Nabil Bintang Paling Popular

Nabil mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada majlis kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian semalam. Setelah dipilih menjadi juara Raja Lawak Musim ke-2, Nabil semakin mencipta populariti di persada seni negara.

Petikan Berita Harian;
Nabil, 26, yang meraih 127,524 undi, meraih gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tinggi iaitu Mawi yang menerima 55,080 undi, Datuk Siti Nurhaliza (29,676), Aznil Nawawi (18,864) dan kumpulan Meet Uncle Hussain (11,784).

Nabil memenangi hadiah utama kereta Nissan Sylphy 2.0L berharga RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, barang kemas Rafflesia bernilai RM150,000 tajaan Rafflesia The Pearl Centre serta pakej penginapan bernilai RM8,000 tajaan Palace of the Golden Horses, selain trofi.

Tahniah kepada Nabil, semoga terus berjuang dalam industri seni khususnya komedia yang tak seberapa di negara Malaysia ini.

Antara pemenang anugerah yang lain, tersenarai di bawah ini.

VN:F [1.9.3_1094]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.3_1094]
Rating: 0 (from 0 votes)

Mari tendang Norman Hakim dan Memey

Meh kasi penyepak kat bontot Norman Hakim..
Ini pulak versi sepak bontot Memey…
VN:F [1.9.3_1094]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.3_1094]
Rating: 0 (from 0 votes)

  • www.flickr.com
    This is a Flickr badge showing public photos and videos from Syafiq Abdullah. Make your own badge here.


  • Kotak Mesej

  • Web Domain + Hosting

  • Copyright © 1996-2010 Syafiq :: Ini wilayahku. All rights reserved.
    iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress