Libasan kabel monitor

Standard

Bila terbaca berita pasal isu saman menyaman antara ibu bapa dengan guru pendidik ni, aku tertanya. Apa fungsi seorang guru kalau langsung si anak tak boleh disentuh?

cikgu

Teringat masa dulu zaman sekolah; dalam makmal komputer. Cikgu Fauzi namanya, garang kemain. Mengajar sambil genggam kabel monitor. Suaranya tinggi, garaunya kasar, kepalanya sedikit licin, tingginya sedikit kurang – tetapi tegasnya tetap kami pandang. Pantang lihat ada pelajar yang menyembang, dijerkahnya terus berjalan melibas kabel di badan. Menggeliat badan menahan pedih. Itu baru pengajaran buat badan. Tak pernah pula disaman.

Memang zaman tu balik mengadu pun kena ‘padan muka’ dengan ibu bapa lagi. Apalah sangat ditampar kepala dengan Cikgu Fauzi, kerap sangat. Pernah juga didenda berjalan gaya itik keliling makmal. Lemah longlai lutut bila bangun. Rasa nak tercabut semua ada. Tiap kali masa makmal komputer, hati jadi gementar. Bersedia segala kemungkinan. Niat nak ponteng pun berlalu pergi.┬áItu baru gaya cikgu mendidik. Kami hormat sampai sekarang. Tak pernah simpan dendam. Bukannya marah tak bertempat, bila berjumpa di luar; senyumannya manis, percakapannya serupa bapa yang kasih akan anak-anaknya. Tunduk salam cium tangan tanda hormat.

Tak kurang juga cikgu-cikgu lain.

Ada yang didenda berlari keliling padang 5-10 pusingan.

Ada yang disuruh berdiri tepi tiang gol sampai habis waktu kelas.

Ada yang disuruh berdiri luar kelas; berdiri atas meja.

Ada yang disebat dengan pembaris kuning satu meter.

Ada yang dilempar pemadam papan hitam.

Merah mata, mengalir air. Sekarang alhamdulillah semunya menjadi manusia walaupun berlainan perjuangan.

Zaman sekarang pantang dicuit melambung gansternya. Dipukul pula juga, disokong pula keluarga. Besarnya jadi apa tanpa bimbingan yang betul?

 

 

Minyak ikan berkicap

Standard

Dulu masa kecik, kalau masa nak makan, sembilan orang penuh bersila atas lantai. Dengan pinggan tak sama jenis; ada kaca ada plastik. Dalamnya berisi nasi seorang sikit, cukup nak mengisi perut kali ni. Semua terdongak renung dapur, si emak tengah menggoreng ikan haruan dari bendang belakang rumah.

Pantang lepa, ada saja tangan nak mencubit haruan dah siap goreng di pinggan sebelah dapur. Kembang kucup hidung mengikut rentak perut.

Ikan siap digoreng, disudu sedikit minyak ikan yang digoreng dan diletak dalam nasi dan digaul dengan kicap. Itu sudah memandai kata abah. Dulu bukannya dari keluarga senang. Hanya makan apa yang termampu. Resipi yang sampai sekarang aku masih buat.

Terkenang dua tiga bulan lepas, bila aku terjumpa paket serbuk Maggi dan aku buat juadah hirupan petang.

Aku rasa teruk.

Copy & Paste dapat RM100 Facebook.

Standard

Semak news feed FB aku dengan benda alah Infinity Downline(ID). Serius shit lah sikit nak cari duit, takkan nak buat kerja kutip duit orang bawah je. Aduuh tipikal!

Dulu dengan ‘Login FB Dpt RM100’, aku dah pernah tanya dulu; kalau tak silap dia ada produk untuk ‘dijual’.Itu pun e-book sampah 5-6 tahun lepas. Sekurang2nya ada produk, kencing pun tak hancing sangat. Sekarang ni produk pun tak nampak, bisnes online katanya. Irfan Khairi join katanya. Setahu aku dulu si jutawan muda internet tu bisnes produk mcm e-book.

Mintak maap la geng ID, aku inbox korang nak tahu produk apa je yang nak dijual tu. Kalau berkenan di hati, aku pun nak join sekaki dapat duit tiap2 hari lepas login FB, komen2 gambar; memang kena la dengan jiwa aku online memanjang. Haha.

Maap la kalau tak betul apa aku cakap ni..HAHA. Tapi aku nak bisnes barang atau servis utk dapatkan duit, bukan nak duit ‘downline’ untuk kaya-raya. Walaupun mungkin ID kau ni betul, tapi niat kau tu nak sedut duit orang bawah. Yang orang bawah, cari lagi orang bawah nak dijadikan mangsa. Dan seterusnya, infiniti. Yang kat atas jugak kaya raya.

Kita tegur sikit, terus melenting. Macam-macam benda di’copy paste’nya. Aigoo. Terus lapar taip panjang-panjang camni masa hujan lebat. Baik aku carik downline untuk tolong makankan utk aku. Woha!

Sedikit buah tangan:
http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/915-status-hukum-infinity-downline–login-facebook-dapat-rm100.html

p/s:Ni adalah pandangan peribadi penulis; tidak mewakili mana2 kaum atau jantina. LOL!