Tanpa diduga, rezeki berbuka puasa pada hari ini datang bergolek dengan jemputan daripada pihak RX-Water untuk memeriahkan majlis berbuka puasa di stokis mereka di Alor Star. Terima kasih kepada Arep selaku apa pun aku tak tau kerana ‘bersusah-payah’ mengajak kami yang berada di rumah sewa untuk menyertai majlis tersebut.
Seperti yang dijanjikan untuk tiba pada pukul 6 petang, kami tiba tepat pada 6.30 petang. Hujan lebat rahmat turun meraikan kami setibanya di sana. Arep dan Pali menunggu di anak tangga menjemput kamu naik ke atas. VIP memang camni kot. Setibanya di atas, kelibat ramai lagi manusia telah tiba dengan berbagai bentuk dan ragam.

