Isu Semasa

Berakhir sudah AF 7

Berakhirlah sudah musim AF yang ketujuh semalam. Hafiz, 19 dinobatkan sebagai juara AF musim ketujuh oleh undian SMS. Peratusan undian pada semalam adalah seperti berikut.
PELAJAR PERATUSAN (%)

HAFIZ 44
ARIL 22
YAZID 15
AKIM 13
ISMA 6

Kedudukan undian selepas undian ditutup

HAFIZ 46
ARIL 22
AKIM 18
YAZID 9
ISMA 5

Artikel di bawah ini aku petik di laman rasmi AF di Astro. Kredit-kredit.

Dengan kemenangan itu, Hafiz berjaya membawa pulang kereta Honda Accord 2.0 tajaan Honda Malaysia, Percutian Ke New York Untuk 2 orang, Sistem Home Theatre Arezzo Hoffman 5.1 (Arezzo), Camera U130 (Olympus), Penapisan Udara Hyundai (MSP Advance), Jam Tangan Hugo Boss (Hugo Boss), Brand Innershine untk dinikmati selama 1 tahun (Cerebos), Nokia 5730 Xpress Music (Nokia), wang tunai RM20, 000 serta trofi

Sementara itu, Khairil Azam Pilus atau Aril, 24 dari Kuala Lumpur yang diumumkan sebagai naib juara bagi musim ini pula seperti biasa tidak mengecewakan apabila sentiasa tampil dengan aksi dan persembahan yang cukup berani, tersendiri serta menghiburkan menerusi lagu Kasih Tak Sampai nyanyian asal Padi serta lagu baru Toksik

Dengan kemenangan itu, Aril yang kini digelar ikon di kalangan peminat remajanya berjaya membawa pulang hadiah berbentuk baucer percutian bernilai RM,3000 tajaan Maybelline, Camera U1030 (Olympus), Karaoke Set Arezzo Hoffman (Arezzo), Penapisan Udara Hyundai (MPS Advance), jam tangan Hugo Boss (Hugo Boss), wang tunai RM10,000 serta trofi

Tempat ketiga menjadi milik Afiq Hakim Ahmad atau Akim, 18, yang telah menunjukkan peningkatan demi peningkatan pada minggu terakhir AF7. Kemenangan itu, sekaligus melayakkan Akim .untuk memenangi baucer percutian bernilai RM2,000 tajaan Maybelline, Camera F3320 (Olympus), wang tunai RM8,000 serta trofi

Berasal dari Johor Bahru, Johor Akim telah berjaya memukau mata penonton apabila menyampaikan lagu Bencinta nyanyian asal Faizal Tahir serta lagu baru Bengang dengan kejutan yang mantap

Mohd Yazid Mohd Ibrahim atau Yazid, 22, dari Johor Bahru Johor pula hanya berupaya menduduki tempat keempat apabila menyampaikan lagu Dewa 19 berjudul Qasidah Cinta serta lagu baru Ya Pa Pa. Beliau membawa pulang kamera FE320 tajaan Olympus, wang tunai RM3,000 serta trofi

Ismaliza Ismail atau Isma, 30, daripada Kuala Lumpur apabila dia hanya sekadar berjaya menduduki tempat ke-5 dalam konsert akhir AF7 ini menerusi lagu Cinta Adam dan Hawa nyanyian asal Misha Omar serta lagu baru Bisikan…Godaan hasil ciptaan Zul suaminya sendiri

Konsert selama 3 jam yang itu dipancarkan secara langsung di Astro Ria serta radio rasmi Era FM itu telah dibawakan oleh Hotlink selaku penaja utama. Ia turut menampilkan segmen persembahan daripada bekas pelajar AF7 yang tersingkir sebelum ini seperti Qhaud, Rini dan Sidi

Selain itu, ia juga turut diserikan dengan persembahan juara AF6 terdahulu Stacy serta tarian pembukaan dari Hardstyle Republic. Finalis AF7 sendiri turut membuat persembahan pembukaan menerusi lagu Revolusi yang dipopularkan band muzik Bunkface

Konsert final hebat itu dihoskan dengan lancar oleh AC Mizal dan menampilkan pengacara diari AF7, Sarimah Ibrahim. Pengkritik malam tadi adalah Edrie Hashim, Dato Khadijah Ibrahim serta Adlin Aman Ramlie

Semua hadiah disampaikan Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina yang kemudian menutup dengan rasminya upacara graduasi akademi sebelum tirai pentas dilabuhkan lewat tengah malam tadi

VN:F [1.9.3_1094]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.3_1094]
Rating: 0 (from 0 votes)

Konsert Akhir AF 7 pada pandangan aku

Aku menulis blog ini dengan mata terlekat di skrin TV melihat persembahan pertama calon juara AF 7, Hafiz. Oh, aku bukanlah peminat setiap AF, tambahan pula ini konsert pertama dan terakhir untuk AF 7 yang aku tonton pada musim ini. Teruskan membaca entri penilaian konsert akhir AF 7 daripada pandangan pertama aku.

Hafiz
Aksi Din Beramboi dalam sesi ‘coverline’ sebelum permulaan nyanyian Hafiz aku lihat macam beruk kena tonyoh belacan kat mata, terkedek-kedek, terkial-kial atas pentas. Tawa para penonton pula kurang aku dengar. Kesian pula aku padanya beraksi sedemikian rupa.
Lagu pertama yang dibawakan Hafiz, entah apa tajuk aku dah lupa..maaf-maaf…permulaan yang kedengaran tenggelam-timbul dan pertengahan agak ‘ok’ dengan gadis-gadis menari tergedik di sekelilingnya seakan memberi semangat luaran kepada Hafiz. Diakhirnya, komen pengkritik yang memuji-muji Hafiz seakan seperti seorang superstar. Kembang-kempis hidung si Hafiz ni menahan getaran nafas di dada yang berombak. Bangga mungkin, penat mungkin.

(continue reading…)

VN:F [1.9.3_1094]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.3_1094]
Rating: 0 (from 0 votes)

Detektif Lim kantoi mencuri

Ni bukan salah satu adegan dalam cerita polis-polis dalam tv tu. Apa nama pun aku lupa drama tu. Detektif Lim atau nama sebenarnya Farid Amirul Hisham Abdullah kantoi mencuri di Mid Valley, Mac lalu. Sumber yang aku dapat melalui Berita Harian.

Detektif Lim telah kantoi mencuri buku ‘”Sistine Secrets” berharga RM89.90 dan “Decoding The Heavens” berharga RM105 di Kedai Buku MPH Bookstore, Mid Valley, jam 7.15 malam 27 Mac lalu.

Si dia yang sepatutnya dijatuhkan hukuman hari ini, dah pun menukar pengakuan kepada tak bersalah. Eh, boleh main tukar-tukar pula dari bersalah kepada tak bersalah.

Maka, 8 Jun ini untuk tarikh perbicaraan yang baru. Awat yang lama sangat tarikh penangguhan tu.

Si Lim ni mungkin menghayati watak pencuri dalam siri drama dalam tv tu ataupun si pengarah belum bagi gaji. Tak cukup duit kot ???

VN:F [1.9.3_1094]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.3_1094]
Rating: 0 (from 0 votes)

Nabil Bintang Paling Popular

Nabil mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada majlis kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian semalam. Setelah dipilih menjadi juara Raja Lawak Musim ke-2, Nabil semakin mencipta populariti di persada seni negara.

Petikan Berita Harian;
Nabil, 26, yang meraih 127,524 undi, meraih gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tinggi iaitu Mawi yang menerima 55,080 undi, Datuk Siti Nurhaliza (29,676), Aznil Nawawi (18,864) dan kumpulan Meet Uncle Hussain (11,784).

Nabil memenangi hadiah utama kereta Nissan Sylphy 2.0L berharga RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, barang kemas Rafflesia bernilai RM150,000 tajaan Rafflesia The Pearl Centre serta pakej penginapan bernilai RM8,000 tajaan Palace of the Golden Horses, selain trofi.

Tahniah kepada Nabil, semoga terus berjuang dalam industri seni khususnya komedia yang tak seberapa di negara Malaysia ini.

Antara pemenang anugerah yang lain, tersenarai di bawah ini.

VN:F [1.9.3_1094]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.3_1094]
Rating: 0 (from 0 votes)

  • www.flickr.com
    This is a Flickr badge showing public photos and videos from Syafiq Abdullah. Make your own badge here.


  • Kotak Mesej

  • Web Domain + Hosting

  • Copyright © 1996-2010 Syafiq :: Ini wilayahku. All rights reserved.
    iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress