Oct/0911
Kalaulah Steven Gerrard turun padang…

“Tamau aku pakai baju MU, takut kalah..”, Mad bersuara
Heh~ Peminat fanatik MU pun dah cakap macam tu sebelum match bermula, apa lagi nak dikata. Aku dah menghidu kemenangan buat Liverpool dan kemenangan berganda-ganda buat Park.
Sejam sebelum perlawanan kami dah menapak ke kedai mamak berhampiran. Seting tempat awal-awal, nanti penuh; memang orang dan tsunami kat situ dekat-dekat jam 10.
Aku tamau jadi pengulas bola kat entri ni. Tadak bakat.
1. Fernando Torres sumbat gol pertama Liverpool minit ke-65. Bising satu kedai; ni penyokong atas angin punya hal. Semua dia nak sokong.
2. Nemanja Vidic kena kad merah minit ke-89, MU main dengan 10 orang.
3. Javier Mascherano dilayangkan kad merah juga pada minit tambahan.
4. David Ngog tambah satu lagi gol pada minit tambahan, go0o0ol !!
5. Semua pakat-pakat blah dari kedai.
6. Liverpool 2 – 0 Manchester United
Kalaulah Gerrard main, aku rasa Ferguson kena pecat terus la agaknya..tak pun mati tertelan chewing gum.
Oct/097
Sejadah berdiri
Banyak plak kuar cerita sejadah berdiri macam orang sembahyang la, macam orang mengaji la.
Hairan aku..cerita camni kecoh masuk paper.
Orang tak sembahyang tak pula kecoh masuk paper
Heh~
Dunia sebenarnya sudah terbalik sekarang ni…
Jun/093
Kereta automatik untuk ujian memandu
Aku ada terbaca satu berita yang mengatakan akta akan dipinda untuk membolehkan kereta automatik dibolehkan dalam ujian memandu. Pindaan itu juga akan menetapkan kelas khas lesen memandu untuk penggunaan kereta automatik. Sumber ni aku dapat dari BHarian;
Dua akta akan dipinda bagi membolehkan kenderaan dengan gear automatik digunakan sebagai kenderaan ujian memandu, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hoi Chew, berkata dua akta itu ialah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1994.
Lepas ni mesti ramai yang ambil ujian kereta automatik. Lagi la senang kan nak lulus ujian memandu. Tak macam masa aku ambil lesen memandu ni, punya la ramai yang kantoi part bukit. Naik bukit, kereta mengaum macam singa, ingatkan nak lepas dah, alih-alih turun belakang balik. Yang kantoi pun kebanyakkan perempuan.
Jun/093
Michael Jackson meninggal dunia
Raja Pop, Michael Jackson atau nama Islamnya, Mikaeel meninggal dunia hari ini. Terkejut gak aku baca berita ni kat laman web Berita Harian
Al-fatihah…
May/097
Zambry kekal MB Perak
Zambry kekal sebagai MB Perak selepas mahkamah benarkan rayuannya ketepi keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Sebelum ini, Makhamah Tinggi memutuskan Nizar adalah MB Perak yang sah.
Semoga ada hikmah di sebalik keputusan ini.
Mesti wan aku tengah bengang kat rumah dia; Langkawi.
Ngeh~
