RSS

Update Cepat #1

0 Comments | This entry was posted on Nov 29 2008

Final dah dekat !

Tinggal lagi 3 hari untuk menghadapi final exam untuk sem 3 ni. Sekejap saja masa berlalu, pejam celik ratus ribu kali, dah pun sampai hujung sem. Kesian blog aku ni yang langsung tak ambil peduli nak update. Maaf kepada peminat-peminat yang setia menyokong(haha;damn!). Sem depan L.I di Hospital Sultanah Bahiyah! 6 bulan aku sedut bau ubat.

The Last Samurai

Nightline mengganggu feeling aku menonton cerita The Last Samurai @ TV3. Itu yang aku tengah lakukan sebentar tadi. Lepak selama setengah jam lagi untuk sambungannya. Huhu ! Kehidupan Jepun yang ketat dengan disiplin memang stai habis ! Aku pun samurai; tapi dulu,guna pedang power rangers.

Sony Ericsson

K800i & W700i sihat walafiat. Aku suka SonyEricsson. Sungguh! Walaupun aku punya K800i sudah bercerai dengan Bluetooh, infrared kan ada.Haha.

Merapu

1- erm,nk ckp cket neh kat awak.. bce NO 5
2- Mmmm..cmne ek nk ckp Bce je la NO 8
3- nk taw ekherm,bce NO 9
4- huh,drpd pning bek bce jap NO 15
5- cmne ek nk ckp.. NO 17 je k..
6- kite nk ckp skg tp lbh bek bce NO 16
7- kite akn ckp tp bce dlu NO 2
8- yg kite nk ckp neh simple jek..tp bce dlu NO 4 k
9- tak payah la b’debar2 cm2..cme bce jap NO 18
10- Blom lg la..bce NO 19 ye..
11- da pnt ekh Bce jap NO 13
12- sbnrnye kite nk ckp klu….(ah bce no 3 la)
13- tgl cket jek lg bce NO 20
14- argh,pnt neh..bce NO 1
15- adush,dah pning dh ni.. bce la NO 6
16- lorh,msh ta phm lg kew Bce NO 12
17- ades,nk ckp neh..bce NO 7
18- kite taktau klu awk phm..tlg bce NO 10
19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nt awk akn taw..
20- oke2,skg kite ckp..bce NO 14, tp slow2 jek k

Tamat Update Cepat #1

Doakan aku.Berjaya final.Amin.

Sebutan Google

1 Comment | This entry was posted on Oct 11 2008

Apa itu Google ? Potong saja line TMNet anda jika bertanya soalan itu.
Aku hanya ingin berkongsi bagaimana cara sebutan Google dengan betul, 99% rasanya di kalangan kita menyebut Google sebagai Goo-gel(persis girl), tetapi sebutannya yang sebetulnya adalah Goo-gul. Pelik ? Haha! Muncungkan mulutmu, dan sebut gugul.

Yang dimaksudkan dengan Google(sebut dengan betul), adalah Googol iaitu satu angka besar; 10100 ataupun
1 googol
= 10100
= 10,?000,000,000,?000,000,000,?000,000,000,?000,000,000,? 000,000,000,?000,000,000,?000,000,000,?000,000,000,?000,000,000,? 000,000,000,?000,000,000

Ini info tambahan yang ku buat carian sendiri, jika salah minta betulkan. Sebut saja Gugul selepas ini, mungkin akan diketawakan tetapi mencari yang benar itu wajib!

Kembali studi

0 Comments | This entry was posted on Oct 09 2008

Ah, cuti 2 minggu lebih ku rasa macam 2 tahun lamanya! haha! Menumpukan perhatian sepenuhnya pada cuti! Lecturerku selalu kata fokus fokus dalam apa jua yang kita lakukan. Memamg aku mempraktikkan sepenuhnya. Terima kasih lecturer.

Esok lusa tulat aku akan mula kembali menggalas beg setiap hari ke kelas. Menjadi pelajar yang bertauliah dan cute..err..mungkin la…

Sudah tengok cerita Sepi ? Belum ? Rugi la..sila ke www.kronik.org kerana aku sudah sediakan Sepi DVDRip secara percuma untuk disedut.

Sila-sila..

Upin & Ipin

0 Comments | This entry was posted on Sep 30 2008

Semalam baru je dah tengok citer Upin & Ipin musim kedua. Syok mmg syok tp kurang cket lawaknya dari musim pertama. Cerita bermula apabila kembar tu dah mula bertadika. Aku dah upload plak citer ni utk sape2 yang berminat nak download.

SEASON 1

http://rapidshare.com/files/149227051/Upin___Ipin_Episod_1_-_Esok_Puasa.rar
http://rapidshare.com/files/149228512/Upin___Ipin_Episod_2_-_Dugaan.rar
http://rapidshare.com/files/149229837/Upin___Ipin_Episod_3_-_Nikmat.org.rar
http://rapidshare.com/files/149231045/Upin___Ipin_Episod_4_-_Terawih.rar
http://rapidshare.com/files/149232567/Upin___Ipin_Episod_5_-_Esokraya.rar
http://rapidshare.com/files/149233869/Upin___Ipin_Episod_6_-_Dahraya.rar

RAR Password:
www.kronik.org

SEASON 2

http://rapidshare.com/files/149235535/Upin___Ipin_Episod_7_-_Tadika.rar
http://rapidshare.com/files/149236945/Upin___Ipin_Episod_8_-_Anak_Bulan.rar
http://rapidshare.com/files/149238081/Upin___Ipin_Episod_9_-_Adat.rar
http://rapidshare.com/files/149239119/Upin___Ipin_Episod_10_-_Tamak.rar
http://rapidshare.com/files/149240325/Upin___Ipin_Episod_11_-_Lailatul_Qadr.rar
http://rapidshare.com/files/149241451/Upin___Ipin_Episod_12_-_Kisah_dan_Tauladan.rar

RAR Password:
www.kronik.org

Atas tu link utk download part by part, kalo yg nak download sekali redah terus,ni link dia..

http://rapidshare.com/files/149521893/Upin___Ipin_Episod_1_-_6__Season_1__www.kronik.org.rar
http://rapidshare.com/files/149532226/Upin___Ipin_Episod_7_-_12__Season_2__www.kronik.org.rar

Salam Aidilfitri

0 Comments | This entry was posted on Sep 27 2008

Baru kejap tadi aku tengok ada sorang geng Kronik,echah88 bukak topic baru kt forum utk e-kad raya~ Aku apa lagi trus join sekaki la post kad raya aku..haha~

Ni la hasilnya…tadaaa…