Pada suatu hari, Gapaq berjalan-jalan dengan Pali di kebun bunga milik aweknya. Tetiba, awek Gapaq berjalan-jalan dengan Pali di hadapannya. Gapaq terkejut, dengan gerangan siapakah dia berjalan-jalan itu. Pali ada di mana-mana. Tanpa mengira masa dan tempat. Adakah Pali seekor hantu raya. Itu yang kita tak tahu tu.

Gapaq celaru memikirkannya lantas menjerit, tolong tolong. Pali dengan segera memberi pertolongan yang segera. Gapaq ketakutan kerana Pali sedang menolongnya tanpa mengetahui sebab apa dia meminta tolong. Pali hanya menolong tanpa motif.

Awek Gapaq bertambah runsing dengan  situasi itu dan terus terbang ke awangan ibarat kayangan terbang ke syurga. Bagai biduan,bagai biduan dari syurga, cantik rupamu,cantik rupamu dipandang mata; nyanyi kumpulan kristal yang kebetulan ada di sebelah tasik berhadapan rumah tumpangan milik kebun Pali yang bersebelah dengan kebun bungan milik Gapaq.

Kemudian entah dari mana datang Epi berlari-lari keriangan bak harum semerbak. Dengan berbekalkan winston sebatang tergantung di mulutnya, berayun-ayun bara dipasang berterbangan abu serata alam. Pada petang itu, landai taman menjadi ‘estranged’ rokok milik Epi.

Tanpa diduga, seekor teletabis bersama deception merah terkedek-kedek merangkak seraya melompat-lompat kekalutan menghampiri Pali, Gapaq dan awek mereka yang entah mana datangnya seorang lagi awek, sebab itu jadi awek mereka. Tadi ada sorang je kan ? Hurm. Entah la.

Teletabis itu agak comel kerana tahu berbahasa tamil dengan slanga korea selatan di mana matt harding menari bersama seorang askar korea di markas tentera. Matt harding sangat kool kan. Yeah!

Berbalik kepada teletabis itu, dia merangkap seekor teletabis terus menari shufle tak berhenti sehingga kepenatan lantas ditenangkan oleh seekor biawak sungai berhampirannya. Biawak sungai itu terus berenang ke arah laut setelah teletabis dapat dikooldownkan. Ibarat bermain need for speed, kool down setelah penat bermain aci ligan bersama polis-polis yang tidak mengerti erti penat mengejar kereta sport pemain.

Dari jauh kedengaran derumah enjin kereta mengaum-ngaum ibarat seekor singa jantan sedang kelaparan. Rupanya seekor kuda maroon bernama mustang sedang mengaum sambil berlari laju ke arah taman bunga milik Gapaq. Dari mana datangnya, itu yang kita tak tahu tu. Dengan pantas, kuda tersebut terus menggigit belakang biawak sungai yang hampir berenang ke laut itu. Teletabis yang berada berhampiran tergamam melihat perilaku kuda tersebut lantas terus pengsan terkejut seraya berkata; aku hensem.

Kaget melihat peristiwa itu, Epi serta watak lain terus mengambil teksi tambang murah dan terus membawanya ke arah airport dengan meninggalkan pemandu teksi terkapai-kapai kelemasan dihimpit mereka di dalam kereta. Peristiwa itu tercatit seperti dalam buku teks sains tingkatan 3 bab 3.

Arakian kisah menyayat hati yang terjadi supaya kita dapat mengerti betapa indahnya alam ciptaan tuhan yang maha esa dan maha kuasa. Supaya pada bulan ramadhan yang serba mulia ini kita dapat meneruskan perjuangan kita dalam mencari keredhaan dan pahala melalui amal ibadah yang kita buat.

Salam ramadhan dan aidilfitri serta aidiladha daripada saya untuk pembaca semua.

Yang baik itu datangnya daripada allah dan buruk itu juga datangnya daripada allah untuk saya dan kita semua dijadikan iktibar dan pedoman pada masa mendatang.

Terima kasih kepada Latfi yang sibuk membuat latihan dan Madz yang sedang asyik berdengkur kerana sudi menemani diri ini menulis warkah pilu ini. Semoga anda saja dapat membalas jasa ini kepada saya kerana tanpa ibu-bapa anda siapalah anda.

Untuk mengakhiri cerita ini, saya susuli dengan serangkap pantun;

Buah keranji masak separuh,

Masak separuh di atas pinang,

Encik Salim gemar telur masak separuh,

Untuk dimakan bersama tunang tersayang.

*clap2*

Assalamualaikum dan salam 1malaysia

=.=”

//  6/09/2009

// 6.20 pagi

// sedang buat latihan system analysis and design.

VN:F [1.9.3_1094]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.3_1094]
Rating: 0 (from 0 votes)