Jun/098
Transformers 2 : Revenge Of The Fallen – Tengok dah ?
Berbekalkan Mustang maroon kepunyaan keluarga, aku memecut laju ke Taman Nuri tepat jam 8:15 malam. Tujuan untuk menyambar Afiq Mail dan terus ke Jalan Pegawai untuk menculik Naim. Sekali-sekala membuat aksi drift di jalan lurus, membuat aku jadi tumpuan para pemandu dan orang awam di jalanan. Tangan kiri di ‘handbreak’ dan tangan kanan kukuh memegang stereng. Memang mengujakan.
Tepat 8:45 malam, bangunan Alor Star Mall tersergam indah tepat di hadapan Mustang berehat. Lokasi dituju Lotus Five Star Cinema; Filem Transformers 2; Tayangan jam 9:00 malam.
Enjin dimatikan dan terus keluar melompat melalui tingkap jaringan besi yang terpaksa dicabut terlebih dahulu. Biasa la, kereta racing. Kelaku yang menggamit perhatian Pak Guard di sebelah. Agaknya dia tak pernah tengok racing kot ? Kami terus mendaki tangga dan bergerak laju ke tingkat atas yang terletaknya cinema. Ramainya manusia usah dikata, penuh eskelator sehinggakan terpaksa bergadai nyawa berebut untuk naik ke atas; Pergaduhan demi pergaduhan dan kadar terhimpit dan dipijak lenyek meningkat mencanak.
Tiket-tiket !! Laungan ulat yang bersepah meliar mencari penonton yang kesangapan tiket untuk menonton. Harga yang melambung jauh mahalnya tidak menggugat mereka yang ingin menatap wajah Optimus Prime. Tiket yang ada pada aku sudah dibeli siangnya. Beli awal la, tak la nak kalot beratur,berhimpit,berpeluh. Terima kasih Afiq. Nanti tolong beli lagi.
Bally setia menanti kedatangan kami dengan senyuman menawan lelaki sejati. Kami terus menerpa menyelinap celah-celah manusia berbagai size dan bau dan terus ke port koyak tiket. Siap ! Lari berkerjaran ke tempat yang dituju. Ramai sungguh dalam dewan ni, lebih ramai dari manusia yang lepak dalam dewan kuliah. Cangak gi, seat G-12,13,14,15 fokus utama pencarian dalam dewan. Jumpa dan terus duduk, terpaku mata melihat iklan movie di skrin besar tepat hadapan mata kami. Filem G.I Joe macam best !
Tepat 9:00 malam; Cerita bermula dan dan dan sebelum itu, kedengaran suara penunggu yang meminta para penonton mematikan handphone. Perlu ke matikan ? Diamkan saja pun dah cukup. Bukannya naik kapal terbang.
“Sila matikan handphone anda sekarang!!”
“…dilarang membawa sebarang nota atau kertas bertulis ke dalam dewan”, suara nakal kecil kedengaran
“…letakkan IC di penjuru sebelah kanan meja anda”, tambah si Afiq
Dah macam dalam dewan peperiksaan pula dah. Tapi takpa, cerita dah nak bermula dengan penceritaan gabungan tentera dan autobots menghapuskan sisa-sisa Decepticon di muka bumi!
Oh! Dah dah dah! Aku tanak cerita dalam ni, kalau nak tau lebih lanjut tengok la sendiri.
Saspen:
- Optimus Prime mati.
- Sam Witwicky mati.
- Orang baik menang.
- Megatron lari dan akan kembali; Transformers 3 akan menyusul!
Enjoy this article?
Leave a comment
No trackbacks yet.

7:01 pm on June 24th, 2009
arrrgghhh tension nya… nak tgk gak!!! huh….
oh ya… mustang maroon?? hurm…
12:02 am on June 25th, 2009
mustang maroon… ingatkan perodua evolution
1:54 am on June 25th, 2009
Nguu.. pi tengok tak ajak aku skali..
T_____T
3:08 am on June 25th, 2009
huuhuhuhuhu…
aku tringin sgt nak tgk…
tmbah2 peco hmpir bg kesemua spoiler nihhh…hahahahaha
3:11 am on June 25th, 2009
erk?? bukan talha p tgk gak ka?? tempah tiket punya la awl….
3:33 am on June 25th, 2009
nohoorooom…jangan lupa part orang terbang di telan dek gergasi besar bercantum2 itu(devastator)…sungguh nampak ketidak real-an waktu si gergasi tersebut menelan mangsa…(ketika itu manusia tersebut sedang berpaut pada besi…tapi bila dia tidak dapat menahan pegangannya,nampak sangat di situ…bajet tidak cukupkah?) hurm…dalam pada itu, sewaktu optimus prime bercantum dengan robot tua tu, si optimus nampak sungguh hensem…jangan risau,optimus prime tetap mati walaupun aku tidak dapat menerima kenyataan pada mula2nya…
4:38 am on June 25th, 2009
@hendrastar
hg spoil laa hendra..aku aku x cita pn aa..aiy0k..tatau…
@AreDip
talha x jd p..awek dia marah
@uchiha_lat
sabaq na talha..donlot la dulu CAM version kt kronik tuh
ahahha
@yariennisha
nk ajak, tp hg xdak, x jd ajak, kalo ajak pn, aku ikat hg kt bumper blkg,seret smpai asmall..kool?
@akemal
kdng2 leh transpom
@aredip
ya..mustang maroon yg hg dk nek tu @_@
11:35 am on June 25th, 2009
heh! dekat ngn umh haku..
p bita0o haku ja..
bukan hajak haku skali..
alasan mula2 :: p ngn kawan2..laki suma..xceluih keta..
kesimpulan :: seb bek aku xmcm awek talha..klu x..xp dh org 2..lalalallalal..anda keras hati dan tidAk mendengar kata!!!